Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali daripada orang yang celaka (berbuat keji)."
Pengajaran
Allah menganugerahkan sifat kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki
Allah akan mencabut sifat kasih sayang daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji.
Perbuatan keji (seperti memfitnah, mengumpat dan mencela) akan menghilangkan perasaan kasih sayang kepada orang lain dan akan menjadi penyebab kepada perbuatan yang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim.
Pupuklah sifat kasih sayang dalam diri kita terhadap orang lain secara berterusan agar ia menjadi ia menjadi akhlak terpuji.