Daripada Nukman bin Basyir RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Perumpamaan kaum Mukmin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam."
Pengajaran
Setiap Mukmin adalah bersaudara
Kita diumpamakan seperti satu tubuh badan, ada yang mungkin menjadi kaki, tangan, gigi, dan sebagainya.
Jika salah satu anggota kita sakit seperti gigi sakit, seluruh anggota turut menanggung kesusahan mungkin tidak boleh tidur malam atau mungkin boleh demam.
Sayangi saudara kita sepertimana kita sayang kepada diri kita. Jika sahabat mukmin kita susah atau sakit, menjadi kewajipan kita membantu mereka. Dia adalah sebahagian daripada anggota kita.