Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Rugi (celaka) orang yang disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya, tetapi ia tidak mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi (celaka) seorang yang mendapatkan kedua orang tuanya di waktu tua (lanjut usia), tetapi keduanya tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.”
Pengajaran
Satu daripada adab kita terhadap Rasulullah SAW ialah apabila nama baginda disebut, kita hendaklah menyahutnya dengan berselawat ke atas junjungan baginda. Antaranya dengan lafaz
“Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. (HR: Tirmizi. No: 3469). Status: Sahih
Ramadan adalah bulan anugerah Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Puasa di siang hari, ibadat solat tarawih, baca Quran, iktikaf, wirid, zikir, istighfar dengan keimanan dan keikhlasan akan menjadi instrumen penghapus dosa
Rugi kita jika tidak berusaha melakukan ibadat puasa bersungguh-sungguh sehingga ia menjadi penghapus dosa yang lalu.
Rugi kita jika tidak berusaha bersungguh-sungguh menjadikan ibadat di malam hari bermula daripada berbuka puasa, solat maghrib, solat isya, solat tarawih, solat tahajud, solat witir, solat sunat yang lain, tilawah, bersahur dan berdoa diwaktu sahur – sebagai instrumen pengampunan dosa yang lalu.
Memuliakan kedua orang tua bererti memuliakan Allah, kerana itu Allah menghubungkan berbuat baik kepada keduanya dengan bertauhid kepada Allah di dalam firman-Nya [Al-Israa': 23]:
“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan-lah kepada mereka perkataan yang mulia.”
Rugi mereka yang masih ada orang tua tidak berbuat baik kepada keduanya, tidak menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menyayangi dan membantu segala keperluan mereka.