Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW berjumpa dengan hari Aidil (Edul Fitri atau Edul Adha), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).” Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan.
قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ، فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ، فَقَالَ: نَعَمْ، تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.
Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadan] kami dan kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka"
Pengajaran
Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu.
Ucapan yang disunat diucapkan ketika bertemu ialah
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
Saling ziarah menziarahi
Berziarah dan merapatkan ukhuwah sesama Muslim dituntut.
Barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. (Sahih Bukhari No: 1961) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan meredai kita sepanjang masa. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.