Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam di antara kalian.”
Pengajaran
Syurga hanya untuk orang yang beriman
Satu daripada syarat menjadi orang beriman ialah saling mencintai sesama mereka
Satu daripada perkara yang mendorong mencintai orang lain ialah sentiasa menyebarkan ucapan "salam"
Marilah sebarkan salam apabila bertemu sesama Muslim