Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di desa lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke desa yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; 'Hendak pergi ke mana kamu?' Orang itu menjawab; 'Saya akan menjenguk saudara saya yang berada di desa lain.' Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Akhirnya malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.'
Pengajaran
Antara tanda mengasihi sahabat ialah berusaha menziarahi mereka dengan ikhlas
Allah sentiasa mencintai kepada orang yang mencintai dan mengasihi saudaranya kerana Allah
Ziarah dan kunjungi saudara mara dan sahabat handai semata-mata kerana Allah untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah.
Marilah kita saling mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai khususnya di bulan Syawal. Tidak perlu kita menunggu rumah terbuka. Carilah ruang masa menziarahi saudara-mara, kerabat dan sahabat kita sebagai tanda kita mengasihi mereka.
Moga kecintaan dan kasih sayang kita kepada kerabat dan sahabat handai akan menjadikan kita dikasihi dan dirahmati Allah.
Rujukan
Sahih Muslim No: 4656 Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status Hadis Sahih