Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya."
Pengajaran
Sedekah adalah amalan yang dituntut dalam Islam khususnya di bulan Ramadan.
Orang yang bersedekah tidak akan mengurangkan hartanya, malah Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik malah akan didoakan oleh Malaikat.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa; "Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya", sedangkan yang satunya lagi berdoa; "Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil) ". (Sahih Bukhari No: 1374) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Orang yang memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan menambah kemuliaannya.
Orang yang merendahkan diri kerana Allah (rendah hati, tidak sombong), Allah akan mengangkat darjat serta kedudukannya di sisi Allah.