Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun di malam hari.
Pengajaran
Ibadat puasa menjadi benteng atau perisai daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah
Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar
Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.
Sedekah antara amalan yang boleh menjadi penghapus dosa
اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ
Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Menghidupkan malam dengan Qiamullail merupakan antara amal kebaikan orang Mukmin untuk membina kekuatan rohani.
Ambillah kesempatan Ramadan untuk membina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.