Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW selalu berbuka dengan kurma basah (rotab) sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali. Abu 'Isa berkata, ini merupakan hadits hasan gharib. Abu 'Isa berkata lagi, diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW berbuka pada musim dingin dengan kurma dan pada musim panas dengan air.
Pengajaran
Rasulullah SAW akan berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib
Rasulullah SAW kebiasaannya akan berbuka puasa dengan rotab (kurma basah)
Jika tiada rotab, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering)
Seandainya ketiadaan rotab dan tamar, Rasulullah SAW akan berbuka dengan air
Pada musim sejuk, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering)
Pada musim panas, baginda SAW akan berbuka dengan meminum air.
Rotab dan Tamar merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% dan 45% fruktosa.
Glukosa dalam kurma (rotab dan tamar) akan cepat berubah menjadi fructose, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga.