Daripada Abi Syuraih al-K'bi, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tamunya di bahagian istimewanya iaitu hari dan malam pertama. Menghormati tamu itu yang wajib tiga hari, lebih daripada itu adalah sedekah baginya dan tidak boleh seorang tamu berlama-lama sehingga membebankan tuan rumah. (hingga mengeluarkannya)."
Pengajaran
Orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat sentiasa beradab terhadap tetamu yang datang ke rumahnya
Memuliakan tetamu yang datang adalah dituntut khususnya pada hari pertama dia menjadi tetamu.
Menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah adalah wajib untuk tempoh tiga hari. Jika melebihi tiga hari ia menjadi sedekah.
Sebagai tetamu, tidak boleh terlalu lama menjadi tetamu hingga membebankan tuan rumah.
Terimalah tetamu dan muliakan mereka dengan menyediakan makan, minum serta keperluannya sebagai tetamu.