Daripada Abdullah bin Amru sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya kebajikan yang utama ialah apabila seseorang melanjutkan hubungan (silaturahim) dengan keluarga sahabat baik ayahnya."
Pengajaran
Amalan yang baik dan utama ialah menghubungkan silaturahim
Menjadi keutamaan dan kebaikan kepada seorang anak untuk menghubungkan silaturahim dengan sahabat baik ayahnya
“Barang siapa ingin menyambung silaturahim ayahnya yang ada dikuburnya maka sambunglah tali silaturahim dengan saudara-saudara ayahnya setelah ayahnya meninggal” (HR Ibnu Hibban No: 175)
Menurut Ibnu Abu Jamrah - hubungan silaturahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudaratan, bertemu, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.Bagi yang jauh boleh juga berhubung dengan bertelefon atau bermessage. Jika berkemampuan, ziarahi mereka.