Daripada Abi Bakrah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada suatu dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya didunia oleh Allah kepada pelakunya di samping (azab) yang disimpan baginya di akhirat daripada berlaku zalim (atau keluar daripada pemerintahan Islam atau sombong/angkuh) dan memutuskan silaturahim.
Pengajaran
Perbuatan zalim dan memutuskan silaturahim adalah antara dosa yang perlu dijauhi
Pelaku zalim dan orang yang memutuskan silaturahim akan menerima azab di dunia dan di akhirat jika tidak bersegera memohon ampun daripada Allah.
Antara perbuatan dosa yang layak mendapat hukuman yang segera di dunia ialah pelaku zalim dan orang yang memutuskan silaturahim.
Hadis ini meletakkan perbuatan zalim dan memutuskan silaturahim sebagai kesalahan yang sama berat.
Marilah kita berusaha menjauhi perbuatan zalim dan sentiasa menghubungkan silaturahim.