Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahmu pada orang-orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan sedekahmu pada kerabatmu bernilai dua; sedekah dan menyambung silaturahim."
Pengajaran
Sedekah adalah antara amalan yang digalakkan kepada setiap Muslim.
Sedekah seseorang kepada orang miskin mendapat nilai satu ganjaran pahala.
Sedekah seseorang kepada kerabat terdekatnya akan memperoleh nilaian dua ganjaran. Pertama ia menjadi sedekah, dan kedua ia menjadi penyambung silaturahim.
Pemberian sedekah kepada kerabat terdekat yang memerlukan akan mendapat lebih ganjaran berbanding dengan pemberian kepada yang bukan kerabat
Bersedekah khususnya kepada kerabat yang dekat terdiri daripada ayah ibu, datuk nenek, adik beradik dan lain-lain.