Daripada Al-Bara bin Azib ia memarfu'kannya (kepada Nabi SAW), baginda bersabda: "Tidak boleh berkorban dengan kambing tempang dan jelas ketempangannya, atau kambing yang buta sebelah dan jelas butanya, atau kambing yang sakit dan jelas sakitnya, atau kurus yang tidak berdaging."
Pengajaran
Binatang anam yang terdiri daripada kambing, lembu, kerbau serta unta adalah antara binatang yang digunakan untuk ibadat korban.
Binatang yang digunakan untuk ibadat korban hendaklah terdiri daripada binatang yang sihat.
Tidak sah ibadat korban yang dilakukan ke atas binatang yang memiliki kecacatan yang terdiri daripada:
Binatang tersebut cacat atau tempang dan jelas kecacatannya seperti kakinya terpotong
Binatang tersebut buta sebelah mata dan jelas butanya
Binatang tersebut sakit dan jelas sakitnya seperti berkudis atau yang menyebabkan rosak kualiti dagingnya.
Binatang tersebut kurus dan tidak berdaging
Sebaik binatang korban adalah yang baik, sihat dan gemok serta tidak memiliki kecacatan
Antara kecacatan binatang yang dimakruhkan untuk ibadat korban: