Daripada Imran bin Husain RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Wahai Fatimah, pergi dan saksikanlah korbanmu kerana keampunan diberikan kepadamu pada saat titisan darahnya yang pertama untuk setiap dosa yang telah engkau lakukan.
Pengajaran
Orang yang menyertai ibadat korban sebaiknya menyembelih sendiri binatang korban mereka.
Bagi mereka yang tidak mampu untuk menyembelih, boleh mewakilkan kepada tukang sembelih namun sunnah baginya untuk hadir dan melihat penyembelihan dilaksanakan.
Digalakkan menyaksikan korban termasuk kaum wanita di samping dapat berdoa semasa sembelihan dilakukan semoga dosa diampunkan sebaik sahaja titisan darah menitis ke bumi.
Antara doa orang yang berkorban semasa melihat korban dilaksanakan :
اللهم تقبل منِّى
(Ya Allah terimalah ibadah korban daripadaku ini)
Bagi yang berkemampuan untuk menyempurnakan penyembelihan eloklah dapat turut serta menyaksikan penyembelihan dan berdoa agar Allah menerima ibadah kita.