Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq · Al-Mustadrak al Sahihain lil Hakim 1152
Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah).
Pengajaran
Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Aidil Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar).
Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah.
Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula pagi 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah.
Sunat mengkemudiankan zikir selepas takbir muqayyad.
Eloklah kita melaksanakan takbir menjelang Aidil Adha.
Rujukan
Al-Mustadrak al Sahihain lil Hakim No: 1152 Dar Ma’rifah. Status : Isnad Sahih