Daripada Ibnu 'Abbas RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidak ada amal yang lebih utama pada hari-hari (tasyriq) ini selain berkorban." Para sahabat berkata, "Tidak juga jihad?" Baginda menjawab: "Tidak juga jihad. Kecuali seseorang yang keluar daripada rumahnya dengan mengorbankan diri dan hartanya (di jalan Allah), lalu dia tidak kembali lagi."
Pengajaran
Ibadah Korban adalah amalan yang lebih utama dilaksanakan oleh seorang Muslim pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) setiap tahun.
Amalan Jihad dengan mengorbankan diri dan harta di jalan Allah antara yg boleh menandingi ibadat korban seorang muslim.
Ibadah Korban pada musim hari raya Aidil Adha menuntut pengorbanan kesenangan dan keselesaan demi melaksanakan ketaatan kepada Allah termasuk kerja dakwah dan segala amal soleh.
Berusahalah kita dengan bersungguh-sungguh dan berkorban untuk sentiasa taat kepada perintah Allah.