Audio AI — dijana oleh SuperGrok TTS. Tekan perkataan Arab untuk terjemahan & sebutan khusus.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu."
Rujukan
Sahih Muslim No: 2495 Dar al-Salam.
Pengajaran
Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:
Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah Al-Quran, zikir, istighfar, doa dan sebagainya).
Ramadan adalah bulan ibadah, dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan akan disediakan dengan rahmah Allah untuknya masuk ke dalam syurga.
Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.
Sediakanlah diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang penuh barakah dan rahmat.