Audio AI — dijana oleh SuperGrok TTS. Tekan perkataan Arab untuk terjemahan & sebutan khusus.
Daripada Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari Kiamat tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melewati pintu itu kecuali orang-orang yang berpuasa. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, maka orang yang berpuasa berdiri menghadap. Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut".
Rujukan
Sahih Bukhari No: 1896 Dar Risalah.
Pengajaran
Orang yang berpuasa Ramadan, pada hari kiamat akan memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan (pintu yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa).
Tidak akan ada orang lain yang memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan kecuali orang yang berpuasa.
Apabila semua orang yang berpuasa telah memasukki syurga melalui pintu ini, pintu tersebut akan ditutup. Itulah keistimewaan orang yang berpuasa Ramadan.
Ayuh kita laksanakan ibadah puasa dengah sungguh-sungguh, semoga kita menjadi salah seorang yang akan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan.