Audio AI — dijana oleh SuperGrok TTS. Tekan perkataan Arab untuk terjemahan & sebutan khusus.
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai Abdullah, inilah kebaikan (daripada apa yang kamu amalkan). Maka barang siapa daripada kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barang siapa daripada kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barang siapa daripada kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barang siapa daripada kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu bertanya: "Demi bapa dan ibuku, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka".
Rujukan
Sahih Bukhari No: 1798 Dar Ibn Kathir.
Pengajaran
Amalan fardu (seperti solat, puasa, zakat, haji) semasa di dunia akan menyediakan daripada ibadat tersebut, antara pintu ke syurga.
Mereka yang ahli Solat, ahli Jihad, ahli Sedekah, masing-masing akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, jihad dan sedekah untuk masuk ke syurga.
Ahli puasa akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan
Orang yang melaksanakan semua ibadat, semua pintu ibadat di syurga akan memanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu masing-masing.
Sempurnakanlah ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH dan PUASA. Semoga ia menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita.