Bersahur Membezakan Puasa Muslim
Amru Ibnu As RA · Sahih Muslim 1836
SahihRamadan
عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Terjemahan
Daripada Amru Ibnu As RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Perbezaan antara puasa kita dengan puasanya Ahli Kitab adalah makan sahur."
Pengajaran
- Beribadat perlu mengikut sunnah Rasulullah SAW
- Ibadat puasa kita perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu makan sahur sebelum fajar.
- Bersahurlah walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma.
- Bagi yang berpuasa sebaiknya bersahurlah sebagai mencontohi amalan Rasulullah SAW dalam ibadat puasa dan membezakan ibadat puasa ahli kitab.
Rujukan
Sahih Muslim No: 1836 Dar Ihya Kutub Arabiyyah.