Audio AI — dijana oleh SuperGrok TTS. Tekan perkataan Arab untuk terjemahan & sebutan khusus.
Daripada Abi Said al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda: "makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang daripada kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur."
Rujukan
Musnad Ahmad No: 10876 Dar Ihya Turath Arabiy.
Pengajaran
Makan ketika bersahur itu memiliki keberkatan. Antara bentuk barakah daripada sahur adalah mampu memberikan tenaga, menguatkan semangat, dan meringankan beban bagi mereka yang berpuasa.
Sahur ini hendaknya tidak ditinggalkan walaupun hanya dengan seteguk air.
Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan dan minum untuk bersahur. Selawat Allah ke atas orang yang bersahur adalah pujian-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang bersahur, manakala selawat para malaikat ke atas mereka yang bersahur pula merupakan doa pengampunan daripada malaikat buat mereka yang bersahur.
Waktu sahur itu sendiri pula termasuk antara waktu mustajab berdoa, waktu terbaik beribadah, dan waktu diampunkan bagi mereka yang memohon keampunan.
Jadikanlah waktu sahur sebagai satu daripada cara kita mendapat pengampunan dosa