Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: " Puasa hari Arafah, sesungguhnya saya berharap daripada Allah, dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa Arafah kecuali jika berada di Arafah.
Pengajaran
Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji
Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas
Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.
Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 22110) Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Hadis Sahih
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji.
Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (Sunan Tirmizi No: 751) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Isnad Sahih
Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji, ikutilah sunnah ini dengan tidak melaksanakan puasa sunat di hari Arafah, namun tidak menjadi halangan untuk tetap mengerjakannya.