Daripada Tsauban, bekas hamba Rasulullah SAW, daripada Rasulullah SAW, bahawasanya baginda bersabda: "Barang siapa ketika ruhnya berpisah dengan jasad dan ia bebas daripada tiga perkara maka ia akan masuk syurga, iaitu; sombong, ghulul (khianat) dan hutang."
Pengajaran
Allah mengurniakan syurga kepada Mukmin yang tidak memiliki sifat sombong dan bangga diri, khianat diatas amanah yang diberi (seperti mengambil yang bukan hak) dan berhutang.
Menjadi kewajipan setiap Mukmin untuk menjauhi sifat sombong dan bongkak kerana ia adalah sifat iblis.
Muslim juga perlu menjaga amanah yang diberi dan jangan sesekali khianat, sama ada amanah kepada Allah dan Rasul, amanah terhadap tanggungjawab diri dan keluarga, amanah kepada tanggungjawab pekerjaan mahupun masyarakat dan Negara.
Berhutang juga menjadi penghalang seseorang untuk masuk syurga. Pastikan segala hutang kita segera dilunaskan sebelum nyawa dicabut.
Jauhilah sifat sombong, khianat dan berhutang. Moga sehingga di penghujung hayat, kita dijauhi daripada sifat sombong, khianat dan berhutang