Usamah bin Zaid RA bertanya; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban?" Baginda bersabda: "Itulah bulan yang manusia lalai darinya; ia bulan yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang disana berisikan pelbagai amal untuk dibawa naik kepada Rabb semesta alam, aku suka amalku diangkat ketika aku sedang berpuasa."
Pengajaran
Bulan Syaaban, bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bulan lain.
Bulan Syaaban, bulan kebanyakan manusia lalai daripada meningkatkan amal
Rasulullah SAW menyarankan agar diperbanyakkan amal pada bulan Syaaban seperti puasa sunat, solat sunat, sedekah, membaca Al-Quran dan lain-lain.
Setiap hari amalan kita akan diangkat ke langit, ada amalan kita yang akan dibawa naik kepada Allah SWT pada bulan Syaaban.
Rasulullah SAW memperbanyak amal seperti puasa sunat pada bulan Syaaban kerana ia suka amalnya diangkat ketika baginda sedang berpuasa.
Bulan Rajab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadan waktu menuai hasil.
Ayuh kita merebut peluang memperbanyak amal di bulan Syaaban ini. Jadikanlah bulan untuk kita menyiram amal soleh agar ia tumbuh subur dan segar berterusan di bulan Ramadan nanti.