Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa di bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardu, ialah solat malam."
Pengajaran
Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang dianjurkan Rasulullah SAW untuk banyak melakukan puasa sunat di dalamnya.
Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).
Solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).
Rebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan puasa sunat khususnya pada 9hb dan 10hb Muharam di samping memperbanyak solat malam.