Daripada Hudzaifah RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Seorang laki-laki meninggal dunia, kemudian dikatakan kepadanya, "Apa yang telah engkau lakukan?" ia menyebutkan atau disebutkan kepadanya, laki-laki itu berkata, Aku memberi toleransi dan kemudahan dalam masalah hutang kepada orang yang kesusahan.' Lalu Allah pun mengampuninya."
Pengajaran
Beruntunglah orang yang diberi kelebihan harta sehingga boleh membantu orang lain yang memerlukan dalam bentuk pinjaman
Beruntunglah orang yang memberi pinjaman kepada orang yang dalam kesusahan dan memudahkan urusan pemulangan hutang tersebut.
Orang yang membantu kesusahan orang lain dengan memberikan pinjaman dan melonggarkan waktu pembayaran akan mendapat keampunan Allah.
Marilah kita bersifat RAHMAH memberikan bantuan dan kemudahan kepada orang yang berhutang dengan kita. Moga Allah mengampunkan dosa kita.