Daripada Abu Salamah RA ia berkata, saya pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang puasa Rasulullah SAW, maka ia pun berkata; Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami mengira bahawa baginda akan puasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka (tidak puasa) sehingga kami mengira baginda akan berbuka (tidak puasa) terus-menerus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Baginda berpuasa pada bulan Syaaban hingga sisa harinya tinggal sedikit."
Pengajaran
Rasulullah SAW sentiasa memelihara ibadat puasa sunat setiap bulan
Rasulullah SAW berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadan
Rasulullah SAW membanyakkan puasa sunatnya pada bulan Syaaban kecuali beberapa hari dihujung Syaaban.
Kita telah berada di bulan Syaaban dan akan bertemu bulan Ramadan. Perbanyakkanlah puasa sunat kita sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadan paling tidak puasa isnin khamis serta 13, 14 dan 15hb Syaaban.
Marilah kita meningkatkan ibadat puasa sunat dibulan ini sebagai latihan dan persiapan menghadapi Ramadan.
Rujukan
Sahih Muslim No: 1957 Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status Hadis Sahih.