Abdullah bin Abbas radliallahu ‘anhuma, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, kita akan berpuasa di tanggal sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan.
Pengajaran
Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)
Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.
Ayuh sahabat-sahabat kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam). Moga Allah akan mengampuni dosa-dosa kita setahun yang lalu.
Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?