Daripada Abu Zar RA dia berkata; "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas."
Pengajaran
Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan sunat di samping puasa wajib.
Antara hari yang digalakkan berpuasa pada setiap bulan hijrah ialah pada pertengahan bulan atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)
Di sepanjang bulan Hijrah selain daripada bulan Ramadan (wajib berpuasa sebulan) serta hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah dilarang berpuasa), kita digalakkan berpuasa pada hari bulan penuh atau hari puteh (13, 14 dan 15).
Berpuasa tiga hari sebulan menyamai ganjarannya sebulan penuh (kerana kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda). Hadis Rasulullah SAW:
Barang siapa berpuasa tiga hari dalam satu bulan, sama halnya dengan berpuasa sebulan penuh." (Sahih Muslim No: 1967) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Ayuh rajin-rajinkan diri kita melakukan ibadah puasa sunat.