Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan"
Pengajaran
Hutang untuk keperluan adalah suatu yang diharuskan
Setiap hutang perlu ditulis dan ada saksi agar ketiadaan kita nanti memudahkan pembayarannya melalui harta yang ditinggalkan ataupun warisnya.
Urusan seseorang akan tergantung, tidak ada hukuman baginya iaitu tidak boleh ditentukan apakah dia selamat ataukah binasa, sehingga hutangnya dilunaskan atau tidak.
Hutang dengan manusia menjadi penghalang kepada seseorang untuk masuk syurga.
Pastikan jika kita berhutang, sila catatkan dan diketahui oleh pasangan atau waris. Segerakan pembayaran hutang. Moga Amal kita tidak tergantung dan jangan sampai menjadi penghalang kita ke syurga