Daripada 'Urwah bahawa 'Aisyah radliallahu 'anha mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solat: "Allahumma innii a'uudzu bika minal ma'tsami wal maghram" (Ya Allah aku berlindung kepadamu daripada berbuat dosa dan terlilit hutang). Lalu ada seseorang yang bertanya: "Mengapa anda banyak meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya".
Pengajaran
Rasulullah SAW sering berdoa agar dijauhi daripada dosa dan terbeban dengan hutang