Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ada seorang laki-laki yang mampu memberi pinjaman (hutang) kepada orang lain dan dia berpesan kepada muridnya; "Jika kamu datangi mereka untuk menagih (membayar) hutang tapi mereka dalam kesulitan maka bebaskanlah, sebab dengan begitu semoga Allah membebaskan kita (pada hari kiamat) ". Baginda bersabda: "Maka orang itu berjumpa dengan Allah Ta'ala lalu Allah membebaskannya (mengampuninya) ".
Pengajaran
Saling membantu kepada orang yang memerlukan adalah suatu tuntutan.
Orang yang memiliki kemudahan dan mampu memberikan pinjaman kepada orang lain adalah suatu amalan terpuji.
Mukmin yang memberi kemudahan atau membebaskan hutang orang yang kesusahan untuk memembayar kembali hutangnya, nescaya di hari akhirat Allah akan membebaskannya (mengampuni) daripada dosa.
Berilah kemudahan kepada saudara yang memerlukan. Jika kita mampu menjelaskan hutang bagi pihak yang berhutang serta berada dalam kesusahan untuk membayarnya, moga di hari kiamat kita akan dibebaskan dan diampunkan daripada dosa.