Daripada Abu Al-Yasar, seorang sahabat Nabi SAW ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang ingin dilindungi Allah dalam lindungan-Nya, hendaklah ia memberi kemudahan atau membebaskan (hutang) orang yang kesusahan."
Pengajaran
Muslim yang mendapat perlindungan Allah ialah mereka yang memberi kemudahan menjelaskan hutang orang yang kesusahan.
Memberi kemudahan kepada yang kesulitan (dalam hutang) boleh dilakukan dengan dua cara :
Memberikan tempoh dan kelonggaran waktu seperti memanjangkan tempoh membayar balik.
"Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
Saling membantu dan menolong orang lain adalah tuntutan iman dan takwa seseorang
Bagi kita yang berkemampuan bersifat RAHMAH membantu dan membebaskan seseorang yang berhutang termasuk membayarkan bagi pihaknya atau pemberi hutang melupuskannya.