Daripada Ibnu Umar RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa meninggal dunia sementara ia mempunyai tanggungan hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diganti daripada pahala kebaikannya pada hari yang dinar dan dirham tidak berguna lagi."
Pengajaran
Hutang berkait dengan hak manusia, maka hutang tidak dapat ditebus dengan taubat dan istigfar. Tidak juga dengan solat dan haji. Hutang hanya boleh dibayar sesuai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang akan terus mengikut seseorang bahkan selepas ia mati.
Orang yang tidak menjelaskan hutang semasa di dunia, dia perlu menjelaskan hutang tersebut di akhirat melalui pahala amalnya. Jika pahala amalnya habis, dia terpaksa memikul dosa orang tersebut sebagai bayaran hutangnya.
Berusahalah menjelaskan hutang sebelum kita meninggal dunia.
Usahakan diri kita daripada dibelit dengan hutang.