Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik kalian, atau daripada sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang."
Pengajaran
Apabila berhutang, berusahalah menjelaskannya.
Jadilah orang yang paling baik apabila berhutang dengan segera membayar hutang mengikut perjanjian atau dijelaskan segera jika memiliki harta.
Bagi orang yang memiliki harta, wajib baginya menjelaskan hutang segera.
Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Nabi SAW bersabda: "Menunda pembayaran hutang bagi orang kaya adalah kezaliman" (Sahih Bukhari No: 2166) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Sebaik-baik orang yang berhutang ialah yang paling baik dalam membayar hutang.