Daripada Syu'aib bin Amru berkata, telah menceritakan kepada kami Shuhaib Al Khair, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Siapa sahaja berhutang dan ia merancang untuk tidak membayar kepada pemberi hutang, maka ia akan menjumpai Allah dengan status sebagai pencuri."
Pengajaran
Setiap hutang dengan manusia perlu dilunaskan.
Sesiapa yang berhutang dan enggan membayar hutang tersebut, statusnya sama seperti pencuri apabila bertemu Allah kelak.
Al-Munawi menyatakan, orang yang enggan membayar hutang akan dikumpulkan bersama golongan pencuri dan akan diberi balasan seperti mereka (Faidul Qodir 3/181)
Jangan sesekali ambil mudah berhubung dengan hutang.
Berusahalah menjadi orang yang paling baik apabila berhutang dan jangan sekali-kali menjadi umpama pencuri!!!