Daripada Buraidah Al-Aslami daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Barang siapa memberi kemudahan (dengan menangguhkan pembayarannya) kepada orang yang kesusahan, maka pada setiap harinya ia akan mendapatkan pahala sedekah. Dan barang siapa memberikan kemudahan setelah sampai tempoh (untuk membayar), ia juga akan mendapatkan pahala sedekah pada setiap harinya."
Pengajaran
Muslim ialah mereka yang sentiasa memberikan keutamaan dan keselesaan kepada orang lain.
Orang yang memberi hutang, sewajarnya memberikan kelonggaran penangguhan pembayaran hutang kepada peminjam yang kesempitan
Orang yang memberi kemudahan penangguhan bayaran hutang akan sentiasa mendapat pahala sedekah setiap hari sehingga orang yang berhutang membayarnya
Orang yang berhutang sewajarnya berusaha menunaikan janji pembayaran mengikut masa yang ditetapkan.